KUBANG ROTAN, 05 SEPTEMBER 2019 –  Sultan Negeri Kedah, Al – Aminul Karim Tuanku Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah baru-baru ini berkenan menyampaikan sumbangan kepada beberapa penduduk sekitar Kubang Rotan yang terjejas kehidupan mereka akibat kejadian ribut Lekima pada bulan Ogos lalu.

Terdahulu, Sultan Sallehuddin yang tiba di Kampung Masjid, Kubang Rotan, berkenan melawat salah sebuah rumah mangsa ribut untuk menyampaikan sumbangan wang dan barangan keperluan sebelum berangkat ke Masjid Nurul Ehsan, bagi penyampaian sumbangan kepada 517 penerima yang lain.

Pelbagai bantuan telah dan sedang disalur kepada semua mangsa melalui agensi kerajaan termasuk daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah, Tabung Amanah Pegawai Daerah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat, selain peruntukan dana RM20,000 diberikan kepada setiap daerah dari Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri.

Dalam majlis yang sama juga Lembaga Zakat Negeri Kedah turut menyalurkan sumbangan berupa kit makanan asas kepada semua mangsa yang terlibat.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”