YAN, 29 JANUARI 2019 –Dalam usaha meningkatkan kutipan zakat khususnya dalam Negeri Kedah ini, Lembaga Zakat Negeri Kedah(LZNK) terus komited dan berterusan dari semasa ke semasa dalam menyampaikan seruan dakwah zakat terus kepada masyarakat.

Hal demikian harus diberi perhatian meluas apabila kutipan zakat meningkat sekaligus agihan zakat akan diagihkan secara meluas kepada asnaf fakir miskin yang memerlukan serta kadar kemiskinan di negeri Kedah khususnya dapat dikurangkan dengan lebih berkesan dan sistematik.

Terdahulu, Pejabat Zakat Daerah Yan melalui pegawainya Hj Logman Husain bersama kakitangannya berkesempatan menyampaikan taklimat berkenaan zakat khususnya zakat pendapatan kepada warga Ibu Pejabat Polis (IPD) Yan yang dihadiri oleh seramai 50 anggota dalam sesi taklimat tersebut.

Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Hj Logman Husain selepas acara perhimpunan bulanan warga IPD Yan.

Menurut Hj Logman Hussin, perkembangan yang positif dapat dilihat apabila terdapat beberapa warga IPD berkenaan turut mengisi borang pembayaran zakat secara potongan gaji dalam menunaikan kewajipan berzakat.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”

Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf