KUALA MUDA, 29 JANUARI 2019 –Pejabat Zakat Daerah Kuala Muda berkesempatan menziarahi Manis Hussain atau mesra dengan sapaan Tok Manis yang tinggal di Kampung Pantai Prai, Kuala Muda Kedah.

Ziarah tersebut telah dilakukan oleh pihak Pejabat Zakat Daerah Kuala Muda dengan kerjasama penolong amil qaryah Pantai Prai, Abd Rani Puteh.

Tok Manis kini tinggal di rumahnya yang dibahagi kepada dua bahagian bersama cucunya.

Keadaan Tok Manis kurang memuaskan akibat faktor masalah kesihatan yang dialami beliau sejak sekian lama, beliau kini hanya bergantung pendapatan dengan bantuan bulanan yang diterima dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) disamping dibantu oleh anak-anak yang tinggal berhampiran.

Terdahulu, Pejabat Zakat Kuala Muda yang hadir turut menyampaikan sedikit sumbangan berupa satu set kit makanan untuk keperluan Tok Manis.

Dalam pada itu, Pegawai Zakat Kuala Muda, Ustaz Mohd Shabudin Ahmad juga turut menyeru masyarakat agar lebih prihatin dengan keadaan ibu bapa mereka.

Beliau mengulas mengenai keadaan dimana ada sebahagian daripada kalangan anak-anak yang melepaskan tanggungjawab untuk menjaga kedua ibu bapa mereka terutamanya apabila dalam keadaan sudah uzur.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”

Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf