YAN, 31 OKTOBER 2018 – Memilik sebuah rumah yang selamat dan selesa adalah impian dan merupakan salah satu daripada keperluan asas dalam kehidupan. Berteraskan ini, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah mewujudkan skim bantuan bina dan baikpulih rumah bagi membantu para asnaf untuk membaiki rumah mereka yang sudah uzur, usang, dan rosak.

Wakil Pejabat Zakat Daerah Yan, berkesempatan meninjau beberapa buah rumah sekitar daerah Yan yang akan dibantu untuk membaikpulih kediaman mereka bagi menjamin keselesaan dan keselamatan para asnaf.

Menurut Pegawai Zakat Daerah Yan, Haji Logman Hussain berkata Lembaga Zakat Negeri Kedah telah memperuntukkan bantuan ini kepada lebih 22 orang penerima meliputi seluruh daerah Yan.

Turut sama dalam tinjauan tersebut wakil daripada syarikat kontraktor.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf