KOTA SETAR, 30 OKTOBER 2018 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) terus menyantuni pembayar-pembayar zakat di premis-premis perniagaan sekitar bandar Alor Setar hari ini apabila lebih daripada 50 buah premis disantuni.

Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Zakaria Othman berkata ini sebagai salah satu street dakwah kepada mereka yang memiliki perniagaan.

“kita cuba mendekati golongan ini disebabkan kebanyakkan masa mereka adalah untuk tujuan perniagaan dan inilah peranan pihak zakat dalam memberikan pendedahan tentang tafsiran sebenar zakat perniagaan mahupun zakat pendapatan selain menyalurkan maklumat mengenai produk dan skim agihan yang sedang dan telah dijalankan”.

Antara premis makanan yang menjadi tumpuan ialah Restoren Tat Nasi Ayam, Iman Koewteow, Nasi Lemak Pokok Sena, Mee Abu, Nasi Lemak Lan dan sebagainya.

“Hari ini mereka menerima barangan berbentuk apron Jom Zakat Kedah sebagai tanda premis mereka telah dilawati dan disantuni oleh pihak LZNK”.

Kepada orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang taksiran sebenar dan pengiraan zakat, boleh terus ke portal https://jom.zakatkedah.com.my atau hubungi 1-800-88-1740.

Sehingga hari ini, kutipan zakat mencecah sebanyak RM138 juta manakala RM145 juta telah diagihkan kepada asnaf yang layak.

 

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf