BANDAR BAHARU, 09 OKTOBER 2018 – Abdul Latib Ramli, 64 tahun kini dapat menarik nafas lega apabila hasrat beliau untuk menukar bumbung rumah yang uzur dan bocor telah ditunaikan oleh Pejabat Zakat Daerah Bandar Baharu.

Sebelum ini, beliau terpaksa melupakan hasrat untuk menukar bumbung yang bocor akibat daripada  kekangan wang dan pendapatan yang rendah, isteri yang sedang lumpuh malah beliau masih mempunyai anak yang bersekolah.

Mendengar keluhan itu, Pegawai Zakat Daerah Bandar Baharu, Haji Md Sharif Md Isa dan Penolong Pegawainya Muhammad Fitri Abdul Aziz telah mengunjungi  rumah Abdul Latib yang terletak di Kampung Permatang Pasir Bandar Baharu Kedah. Selain itu, Penolong Amil,  Nasrun Said juga turut bersama dalam kunjungan itu

Dalam sesi temuramah bersama anak tiri Latib, iaitu Mohd Hafiz Ismail 18 tahun berkata, ibunya telah mengalami strok sejak 3 minggu yang lalu manakala bapa tirinya, Latib tidak bekerja atas faktor usia.

Tambah Hafiz, sumber pendapatan bapa tirinya adalah dari wang pencen yang diterima setiap bulan dengan kadar yang rendah. Demi membantu menambah pendapatan untuk perbelanjaan keluarga dan adiknya yang masih lagi bersekolah, Hafiz juga turut bekerja di Mydin Parit Buntar sekaligus dapat meringankan beban keluarga.

Dalam pada itu, hasil tinjauan daripada pihak zakat mendapati bahawa hapir 70% bahagian bumbung rumah Latib rosak dan memerlukan pembaikan semula.

Oleh sebab itu, , pihak Zakat Bandar Baharu telah mempertimbangkan Bantuan Baik Pulih Rumah untuk keluarga Abd Latib Ramli dengan menukar bumbung rumah yang baru.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf