BALING, 09 OKTOBER 2018 – Pejabat Zakat Daerah Baling sekali lagi dijemput oleh warga Sekolah Kebangsaan Tembak untuk menyampaikan taklimat zakat kepada mereka buat kali yang kedua.

Menurut Guru Besar S.K Tembak, Hj Muhd Mustafa berkata, setelah taklimat yang disampaikan pada bulan Mei yang lalu. Keberkesanan taklimat tersebut dapat dilihat secara ketara apabila guru-guru dapat membuat satu anjakan paradigma untuk membuat potongan zakat bulanan.

Jika sebelum sesi taklimat yang pertama, jumlah potongan adalah tidak sampai
RM 2,000 tetapi setelah diadakan taklimat pada sesi kali pertama, jumlah potongan mencecah RM 2,000 lebih setakat bulan September yang lepas, katanya.

Dalam pada itu, wakil PZD Baling berkata, beliau amat berbesar hati untuk menyampaikan taklimat sekali lagi kerana sebelumnya tidak kesemua guru2 yang dapat mengikuti sesi taklimat beliau. Dan pada hari ini kesemua guru berjaya dikumpulkan seramai 40 orang bagi mendengar taklimat zakat yang disampaikan.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf