ALOR SETAR, 09 JANUARI 2020 – Usaha murni Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dalam mengagihkan bantuan zakat terus kepada asnaf fakir miskin yang memerlukan terus giat dijalankan ke seluruh pelusuk Negeri Kedah khususnya.

Dalam kepelbagaian skim bantuan zakat yang disediakan, salah satu bantuan zakat yang dapat membangunkan ekonomi para asnaf di luar sana, iaitu bantuan perniagaan Jayadiri.

Ketua Bahagian Pembangunan Asnaf, Ahmad Hambali Mohd Puat baru-baru ini melapangkan masa menziarahi dan menyantuni Usahawan asnaf di bawah bimbingan Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Para usahawan ini merupakan bekas penerima skim Bantuan Jayadiri. Bukan itu sahaja, malahan, ada dikalangan mereka sudahpun menjadi pembayar zakat.

Selain itu, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) juga berperanan dalam usaha merubah nasib golongan asnaf menjadi individu berjaya hingga dulunya menjadi penerima zakat dan sekarang menjadi pembayar zakat.

Sudah tentu tiada siapa mahu dilahirkan dalam keadaan daif, hidup dalam serba kekurangan dan melalui ranjau kehidupan yang sukar.

Miskin dan ditimpa penyakit bukan kehendak, tetapi ia tetap berlaku kerana setiap perancangan adalah atas ketentuan Allah SWT yang memilih sesiapa saja untuk diuji sedemikian.

Namun, Allah berjanji bahawa mereka yang rajin berusaha pasti akan dibalas dengan kesenangan pada kemudian hari.

Walaupun terpaksa meminta pertolongan pihak berkaitan, ia dianggap sebagai jalan penyelesaian sementara asalkan beringat untuk mengubah hidup ke arah yang lebih baik.

Disunting Oleh : Unit Media Lembaga Zakat Negeri Kedah


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”