3 Januari 2017 – Kehidupan sebuah keluarga yang hidup serba kekurangan terus mendapat perhatian Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) apabila kakitangan LZNK bergegas ke lokasi berkenaan.

Nor Azman Saidin, 57, yang tinggal di Kampung Berjaya ditemui kakitangan LZNK, Ahmad Hambali bin Mohd Puat daripada Jabatan Komunikasi Korporat serta Pengurus LZNK Cawangan Kota Setar, Shahabudin bin Ahmad.

Ketika ditemui, beliau (Azman) sedang leka melihat barangan besi yang dikutipnya untuk dijual. Begitulah kehidupan beliau hari-hari.

…dlihat dari luar rumah beliau, memang meruntunkan hati sesiapa sahaja yang melihatnya. Kami terpanggil untuk memberikan bantuan.

 

Beliau yang mempunyai seramai 4 orang tanggungan termasuklah dua orang anaknya yang bersekolah, Muhammad Zulkarnain bin Nor Azman, 8, dan Muhammad Razin bin Nor Azman, 12, Muhammad Arif bin Nor Azman, 20, serta isteri, Khamlar, 45, serta tinggal bersama-sama beliau di rumah tersebut.

Siasatan mendapati, pendapatan mereka hanyalah bergantung kepada hasil jualan besi-besi buruk, barang-barang terpakai dan sebagainya.

Kami telah melihat keadaan keluarga ini justeru bantuan akan disalurkan kepada keluarga ini dalam masa terdekat.

Terdahulu, anak beliau yang sulung (Arif) telah pun menerima bantuan Awal IPT Tempatan bernilai RM1,000.00 daripada LZNK.

LZNK amat memandang serius perkara ini dan bantuan akan terus disalurkan kepada yang layak.

 

news_kg-berjaya2

news_kg-berjaya3