1 Januari 2017 – Agihan borang Bantuan Awal Persekolahan bagi sesi 2017 mula dilakukan apabila kesemua 12 Cawangan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) hari ini mula mengedarkan borang tersebut.

Sebanyak 26,250 borang diedarkan pada tahun ini iaitu jumlah yang sama dengan agihan borang pada tahun 2016.

Ketua Eksekutif LZNK, Y.Bhg. Dato’ Syeikh Ghazali bin Haji Yaacob berkata, pada tahun ini LZNK telah menetapkan tarikh yang sama bagi menyelaraskan pengagihan borang bantuan ini.

…kita (LZNK) faham beban kewangan yang dihadapi ibu bapa di awal sesi persekolahan. Oleh demikian, bantuan ini diadakan bagi meringankan beban mereka.

Tahun ini menyaksikan sebanyak 4,000 borang diedarkan bagi mereka yang berada di daerah Kota Setar, 4,521 borang bagi daerah Kuala Muda, 2,928 bagi daerah Kulim, 3,000 bagi daerah Kubang Pasu, daerah Pendang sebanyak 2,000, manakala daerah Sik dan Baling masing-masing mengedarkan borang sebanyak 1,500 dan 2,543. Bagi daerah Yan pula, sebanyak 1,258 borang diagihkan, 1,500 borang bagi daerah Langkawi manakala bagi daerah Bandar Baharu dan Pokok Sena masing-masing 700 dan 800 borang diagihkan selain daerah Padang Terap sebanyak 1,500 borang diagihkan.

Jumlah bantuan ini menelan perbelanjaan sebanyak RM10.5 juta pada tahun ini.

news_awal_skolah1 news_awal_skolah2 news_awal_skolah4