BANDAR BAHARU, 4 OKTOBER 2018 – Harishon Ramli, 52 tahun, dapat menarik nafas lega apabila hasrat untuk mengembangkan lagi perniagaan beliau mendapat perhatian pihak Zakat Daerah Bandar Baharu.

Terdahulu, Pegawai Zakat  Bandar Baharu, Haji Md Sharif Md Isa dan Penolong Pegawai Muhammad Fitri Abdul Aziz berserta Imam Qaryah Sungai Tengas, Haji Shamsul Anuar telah menemui Harishon di premis perniagaan beliau.

Menurut Harishon, beliau sedang meneruskan perniagaan  arwah suami beliau dengan menjalankan perniagaan menjual nasi lemak. Namun, selepas ditemubual,

Beliau telah meluahkan hasrat untuk meningkatkan pendapatan dengan menambah menu-menu masakan panas seperti nasi goreng, mee goreng, sup dan sebagainya.

Beliau yang mempunyai tanggungan seramai 3 orang anak yang masih bersekolah dan menuntut di Institut Pengajian Tinggi amat terkesan dengan kos sara hidup pad zaman sekarang. Oleh sebab kekangan kewangan, hasrat untuk mengembangkan perniagaan terpaksa dilupakan dan berharap agar pihak Pejabat Zakat Daerah Bandar Baharu dapat membantunya menunaikan impian ini.

Dalam pada itu, Haji Md Sharif berkata pihak zakat akan mempertimbangkan Bantuan Jaya Diri untuk memberikan sebuah freezer sebagai tempat penyimpanan bahan-bahan mentah selepas melihat kepada potensi Harishon untuk lebih maju dalam bidang yang diceburi.

Di akhir pertemuan, Harishon mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada pihak Pejabat Zakat Daerah Bandar Baharu dan seluruh pembayar zakat yang menunaikan zakat di negeri Kedah ini kerana telah membantu beliau untuk mengembangkan perniagaannya.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf