ALOR SETAR, 12 MAC 2019 – Lembaga Zakat Negeri Kedah melalui Pejabat Zakat Daerah Kota Setar dengan kerjasama Sukarelawan Uthman Affan Prihatin & Akasia Care menganjurkan program ziarah sahabat jalanan bagi menyantuni dan membantu golongan gelandangan di sekitar daerah Kota Setar.

Program bersama komuniti sekitar  Bandaraya Alor Setar ini merupakan program yang julung kalinya diadakan.

Program yang berkonsepkan ziarah ini mensasarkan golongan yang tiada rumah dan hanya menumpang tidur serta berteduh di sesuatu tempat awam.

Menurut pengarah program, Muhammad Faidultraf Abdullah berkata, program ini merupakan program perintis bagi LZNK khususnya bagi menyantuni gelandangan.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Syeikh Zakaria Othman berkata, harapan mereka di LZNK adalah supaya dapat mengenalpasti dan mensasarkan jumlah gelandangan yang kebanyakannya adalah asnaf agar LZNK dapat membantu mereka dalam mengeluarkan mereka daripada kehidupan yang lebih selesa dengan tempat tinggal yang selamat dan jaminan kehidupan yang lebih selesa berbanding sebelum ini.

Dalam program yang sama Seramai 10 orang gelandangan sekitar Bandaraya Alor Setar berjaya dijejaki.

Terdahulu, PZDKS dan Sukarelawan Uthman Affan Prihatin & Akasia Care telah menyerahkan bantuan berupa wang tunai, makanan dan juga selimut kepada gelandangan yang diziarahi tersebut.

Dalam pada itu, Rata-rata gelandangan yang ditemui melahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada LZNK dan sukarelawan dalam membantu masyarakat setempat khususnya golongan asnaf yang memerlukan.

Azman Abu Hassan selaku wakil bagi Sukarelawan Uthman Affan Prihatin & Akasia Care berkata, “program kerjasama ini merupakan program pertama mereka bersama LZNK dan berharap agar dapat berkejasama lagi dalam menganjurkan program-program yang sedemikian.

Pegawai Zakat Daerah Kota Setar, Burhanuddin Hj Ahmad menyambut baik program tersebut dan berterima kasih kepada Sukarelawan Uthman Affan & Akasia Care, Penghulu Masjid Zahir (Ustaz Jasni) dan semua yang telah memberi kerjasama dan berkeprihatinan bagi menjayakan program seumpama ini, ujar Burhanuddin.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”