BANDAR BAHARU, 12 MAC 2019 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (Lznk) Telah Mengadakan Program Santuni Asnaf Di Sekitar Bandar Baharu, Kariah Masjid An-Nur, Relau, Bandar Baharu.

Dalam program tersebut sebanyak 10 keluarga telah dikunjungi, dalam masa yang sama mereka turut menerima sumbangan berupa wang tunai dan barangan makanan keperluan asas daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) serta syarikat Korporat yang turut hadir.

Ketua Pegawai Eksekutif (LZNK), Syeikh Zakaria Othman berkata, program bantuan itu dibuat dengan kerjasama Pejabat Zakat Daerah Bandar Baharu dan Jawatankuasa Kariah Masjid An-Nur, Relau, Bandar Baharu syarikat korporat serta agensi kerajaan dan badan berkanun.

Beliau turut menjelaskan bahawa Zakat Kedah amat perihatin dengan kehidupan asnaf terutamanya yang berkaitan dengan isu perumahan.

Lembaga Zakat Negeri Kedah sangat mengambil berat dengan setiap aduan yang diterima dan inilah satu daripada inisiatif (LZNK) untuk membantu para asnaf melalui program-program seumpama ini.

Menurutnya lagi, antara syarikat dan agensi yang terlibat dalam program tersebut ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah, Pejabat Agama Daerah Bandar Baharu, Majlis Daerah Bandar Baharu, Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah, SK Relau, C & C Pharmacy, Affin Islamic Bank Berhad, Syarikat Ayam Bismi, dan Syarikat Adabi.

Beliau berkata, (LZNK) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program tersebut.

Katanya lagi, masyarakat yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kemiskinan diharap dapat menyalurkan info berkenaan terus kepada Zakat Kedah.

Tambahnya lagi, selain itu maklumat berkenaan juga boleh disalurkan kepada penolong amil yang terdiri daripada ahli jawatankuasa dan pegawai di setiap masjid seluruh negeri Kedah.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”