31 Disember 2016 – Kulim Technology Park Corporation Sdn. Bhd. (KTPC) hari ini menunaikan zakat perniagaan mereka bagi tahun kewangan berakhir 2016 kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

Anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) ini melalui Presiden KTPC, Dato’ Dr. Annuar bin Mohd Saffar menyerahkan zakat berjumlah RM500,000 kepada¬†Y.Bhg. Dato’ Syeikh Ghazali bin Haji Yaacob selaku Ketua Eksekutif LZNK sambil disaksikan oleh Y.B Dato’ Haji Bakar bin Din merangkap Pengerusi Ahli Lembaga LZNK yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.

…Terima kasih kepada KTPC kerana menunaikan zakat perniagaan mereka kepada kami. Semoga Allah gandakan usahakan mereka segala kebaikan yang dilakukan.

 

news_ktpc1