KULIM, 14 NOVEMBER 2018 – Zahari Mohd Isa, 36, dan anaknya berusia tiga tahun yang terlibat kemalangan jalan raya pada 27 Oktober lalu mendapat perhatian Pejabat Zakat Daerah Kulim. Pegawainya, Mohd Khairi Ishak bersama kakitangan beliau berkesempatan menziarahi serta menyantuni keluarga ini bagi membantu meringankan beban yang ditanggung oleh mereka sekeluarga di Kampung Sungai Seluang.

Menurut zahari, pekerjaanya yang hanya sebagai buruh kontrak Environment Idaman itu tidak cukup untuk menampung perbelanjaan seharian keluarganya tambahan pula buat masa sekarang beliau perlu menampung kos rawatan akibat kemalangan yang menyebabkan beliau mengalami kepatahan lengan kiri manakala anaknya pula mengalami kepatahan tulang di bahagian paha kiri akibat kemalangan tempoh hari.

Namun, lebih menyayat hati apabila bayi mereka yang masih berusia 24 hari telah disahkan menghidapi kecatatan di bahagian paha dan betis serta masalah tulang belakang yang tidak bercantum dengan baik.

Bersimpati dengan nasib yang dialami, pihak zakat akan berusaha membantu keluarga ini dengan memberi bantuan kewangan setelah proses dokumentasi selesai supaya dapat meringankan beban yang ditanggung oleh mereka.

Dalam pada itu, satu kit bantuan makanan asas turut disalurkan kepada keluarga ini oleh pihak zakat sebagai tanda bersimpati keatas nasib yang menimpa mereka.

Oleh demikian,pihak Pejabat Zakat Daerah Kulim amat mengharapkan maklumat daripada masyarakat setempat berkenaan keluarga yang masih belum dibantu untuk dibantu menggunakan wang zakat.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf