KUBANG PASU, 14 NOVEMBER 2018 – Nasib yang menimpa sebelas keluarga di kampung pida 7, dan kampung pida 8, mukim Ayer Hitam mendapat perhatian pihak pejabat zakat daerah kubang pasu apabila rumah yang didiami mereka rosak teruk akibat dipukul ribut baru-baru ini.

Dalam kejadian yang berlaku lewat petang itu, terdapat sebanyak 11 buah kediaman yang terlibat dalam kejadian ribut dan angin kencang beserta hujan lebat yang mengakibatkan kebanyakan bumbung rumah penduduk kampung itu diterbangkan angin. .

Ahmad Ibrahim, 48 tahun, salah seorang mangsa berkata, kejadian yang berlarutan selama hampir 1 jam itu berlaku ketika kebanyakan penduduk sedang menunggu azan maghrib apabila angin kencang serta hujan lebat menerbangkan atap dapur dan bilik rumah tanpa sempat bertindak.

Walaubagaimanapun, sesi ziarah daripada pejabat zakat daerah Kubang Pasu sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban yang dihadapi oleh penduduk kampung yang terjejas. Dalam pada itu juga, semua mangsa yang terlibat telah disalurkan kit bantuan makanan asas oleh wakil Pejabat Zakat Daerah Kubang Pasu.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf