11 Julai 2017 – Warga kerja Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) hari ini berikrar dan berjanji untuk menjauhi segala aspek rasuah melalui Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diadakan bertempat di Dewan Besar Aras 1, Menara Zakat.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tuan Haji Zakaria Othman berkata, hari ini semua warga kerja LZNK tidak terkecuali seorang pun akan melafazkan ikrar ini dihadapan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Y.Bhg. Dato’ Haji Mohd Fauzi Mohamad.
…kita (LZNK) berikrar untuk bebas rasuah dan berjanji untuk tidak sekali-kali mendekatkan diri dengan gejala ini.
Majlis yang diadakan itu turut dihadiri oleh Ahli Lembaga Zakat Negeri Kedah, Y. Bhg. Datuk Elmi bin Yusuf, Y. Bhg. Dato’ Wira Seraja Bijaya Dato’ Wira Haji Syed Zain bin Abdullah, Y. Bhg. Dato’ Wira Mahkota Dato’ Wira Haji Ismail bin Hamid serta Y. Bhg. Dato’ Syeikh Haji Fadzil bin Haji Awang sebagai saksi kepada seluruh kakitangan LZNK dalam amjlis ikrar tersebut.
…Inilah majlis yang setakat ini saya rasa paling gemilang dan saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada LZNk kerana menjadi antara agensi yang terawal mengadakan sesi ikrar ini.
Pada majlis tersebut, Y. Bhg. Tuan Haji Zakaria memimpin bacaan ikrar sambil diikuti oleh semua kakitangan LZNK yang kemudiannya menyerahkan dokumen ikrar beliau selaku Ketua Pegawai Eksekutif kepada Pengarah SPRM.