KUBANG PASU, 23 OKTOBER 2018 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) melalui Pejabat Zakat Daerah Kubang Pasu baru ini telah menyertai program “HOME VISIT” bersama beberapa agensi kerajaan di sekitar Bukit Kayu Hitam.

Antara agensi yang turut terlibat dalam program tersebut ialah pejabat Daerah Kubang Pasu, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kesihatan Negeri, Syarikat Air Darul Aman dan lain-lain agensi.

Program tersebut dianjurkan adalah bertujuan untuk menjejaki golongan asnaf yang masih lagi tercicir daripada menerima sebarang bantuan dari LZNK mahupun agensi berkaitan.

Dalam program sama sebanyak 4 keluarga telah menerima sumbangan berupa wang tunai dan barangan makanan keperluan asas oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) serta agensi lain. Selain itu Gotong-royong turut dijalankan bagi menjamin keselesaan dan kebersihan tempat tinggal mereka.

Sementara itu, Wakil Pejabat Zakat Daerah Kubang Pasu berkata, kerjasama antara LZNK dan agensi berkaitan perlu diteruskan bagi memastikan nasib golongan asnaf yang tercicir seperti ini dapat dibantu dengan kadar segera.

Tambah beliau lagi, jika orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan asnaf miskin dalam daerah Kubang Pasu yang masih belum menerima bantuan, mereka boleh berjumpa dengan penolong amil yang dilantik di setiap Kariah masjid masing-masing atau terus ke pejabat zakat berdekatan.

Turut hadir sama YB. Halimaton Shaadiah Saad, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat dan Pembasmian Kemiskinan.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf