BALING, 17 SEPTEMBER 2018 – Setelah hampir beberapa tahun berusaha mengerah keringat membanting tulang empat kerat dalam menyiapkan kasut2 jenama tersendiri, kini Mohd Zulhilmi Zabidi yang tinggal di Kampung Bukit Payung Mukim Bongor, Baling mampu menarik nafas lega apabila permohonan bantuannya untuk sebuah mesin jahit kasut telah disalurkan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

Menurut Ketua Bahagian Pembangunan Asnaf, Kapten (B) Abdul Nasir Hassan berkata, sebelum penyerahan mesin tersebut kepada Zulhilmi, pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah bersama Pegawai Zakat Daerah Baling sebelum ini telah memantau hasil kerja beliau.

Dari hasil pemantauan, pihak zakat yakin dan percaya dengan kebolehan dan kepakaran Zulhilmi dalam menghasilkan pelbagai jenis corak dan variasi kasut akan mampu meningkatkan taraf hidup beliau.

Di kesempatan itu, Zulhilmi menzahirkan perasaan syukur dan terima kasih kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) serta semua pembayar-pmbayar zakat di Negeri Kedah kerana dengan wang kutipan zakat inilah dapat membantu mereka meningkatkan potensi diri dan taraf kehidupan mereka.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf