KOTA SETAR, 19 SEPTEMBER 2018 – Hujan lebat serta angin kencang yang melanda negeri ini bermula minggu lalu telah menyebabkan beberapa kawasan khususnya dalam Daerah Kota Setar telah dilanda banjir kilat.

Pejabat Zakat Daerah Kota Setar bertindak cakna dan prihatin untuk menziarahi 8 buah keluarga yang merupakan mangsa banjir kilat di kawasan kediaman mereka berikutan daripada air sungai yang tidak dapat mengalir deras kerana hujan turun secara berterusan.

Terdahulu, Pegawai Zakat Daerah Kota Setar, Ustaz Burhanuddin Hj Ahmad berkata, kesemua mangsa banjir kilat menzahirkan perasaan syukur dan terharu serta berterima kasih kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah dan juga kepada pembayar zakat di Negeri Kedah atas ziarah yang amat bermakna ini.

Turut serta dalam ziarah tersebut ialah Penolong Amil Kariah Masjid Gunung Sali, Ustaz Abdul Kadir yang bersama Ustaz Burhanuddin untuk menyerahkan sumbangan berupa Kit Bantuan Makanan Asasi kepada mangsa yang terlibat dalam banjir kilat.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf