PADANG TERAP, 13 OGOS 2018 – Pejabat Zakat Daerah Padang Terap baru-baru ini telah mengadakan satu majlis taklimat skim agihan bantuan zakat dan potongan zakat pendapatan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah.

Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Pegawai Zakat Daerah Padang Terap, Ustaz Ilyas Ibrahim bersama kakitangan beliau, Mohd Shafaril Muhd Padin.

Antara tujuan taklimat tersebut adalah untuk mengupas berkaitan isu-isu skim agihan zakat yang telah dilaksanakan oleh pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah khususnya PZD Padang Terap dalam membantu setiap asnaf yang memerlukan diseluruh Negeri Kedah dalam usaha pihak pengurusan zakat menjalinkan kerjasama yang baik dengan pejabat adun dan sebagainya.

Sehubungan itu, dalam taklimat itu juga menerangkan kaedah penaksiran dan potongan zakat pendapatan yang tepat sekaligus menyeru kepada semua yang hadir agar turut membantu untuk meningkatkan kutipan zakat selain memberi pencerahan berkaitan bantuan zakat yang disalur selama ini.

Turut hadir sama, YB Adun Kuala Nerang, Haji Munir Zakaria dan wakil daripada Adun Pedu serta ahli-ahli yang dijemput.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf