LANGKAWI, 14 FEBRUARI 2019 – Pegawai Zakat Daerah Langkawi, Ust Yusuf Ahmad bersama Penolong Amil Qaryah Kuah,Ustaz Abd Latif Lebai Dun berkesempatan menziarahi adik Ahmad Iddham Hazim Ahmad Husaini di Kampung Kuah Langkawi.

Anak sulung daripada 3 orang adik beradik ini berusia 18 tahun dan tinggal menetap bersama ibu bapanya di sebuah rumah sewa di Kampung Kuah.

Beliau telah disahkan mengalami “Spastic Quadriplegic CP” sejak 8 bulan lalu sekaligus menyebabkan kedua-dua belah kaki dan tangan beliau tidak dapat berfungsi dengan baik.

Oleh demikian, beliau amat memerlukan sebuah kerusi roda khas bagi menyokong tulang belakang untuk bergerak berikutan beliau harus keluar untuk mendapatkan rawatan susulan di tida buah Hospital kerajaan antaranya, Hospital Langkawi, Hospital Selayang dan Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.

Dalam pada itu, Ustaz Yusuf berkata, pihak Zakat Kedah akan menyalurkan bantuan yang bersesuaian kepada adik Ahmad Iddham Hazim bagi membantu memudahkan segala urusan beliau dalam mendapatkan rawatan dan juga dalam menjalani kehidupan seharian.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”

Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf