SIK, 30 DISEMBER 2018 – Baru-baru ini telah berlansungnya satu Majlis Agihan Bantuan Beg Sekolah di perkarangan Masjid Bandar Baru Beris Jaya anjuran Pejabat Zakat Daerah Sik bersama Pejabat Pendidikan Daerah Sik.

Majlis ini telah berlansung dengan jayanya apabila sebanyak 1063 beg telah diagihkan kepada 22 buah sekolah rendah seluruh daerah sik.

Bantuan ini telah disampaikan oleh Pegawai Zakat Daerah Sik, Ustaz Khairul Nizam kepada Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sik, Abdullah Abd Manaf dan guru-guru Besar yang dijemput khas selaku wakil agihan bantuan ini.

Menurut Ustaz Khairul Nizam, Bantuan ini adalah bertujuan untuk membantu meringankan beban anak-anak asnaf sekitar daerah ini dalam menyediakan kelengkapan persekolahan awal tahun hadapan.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN” Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740 No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf