SIK, 31 JULAI 2018 – Pejabat Zakat Daerah Sik, melalui jawatankuasa Masjid Kampung Tupai telah mengagihkan set bantuan makanan asas kepada 15 orang asnaf yang terdiri daripada penoreh getah di daerah itu.

Pegawai Zakat Daerah Sik, Ustaz Khairul Nizam berkata, pihaknya telah memilih beberapa masjid di daerah itu bagi menjadi pusat penempatan bekalan makanan.

Katanya, pusat penempatan bekalan makanan itu diwujudkan bagi membantu penduduk yang miskin di daerah itu dengan disalurkan barangan keperluan asas.

Menurutnya, bagi mereka yang ingin memohon bantuan itu perlu berjumpa dengan imam masjid supaya menerima kupon bagi mengambil set bantuan makanan. Setiap bulan pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah akan memperuntukkan sebanyak 30 set makanan bagi setiap masjid di daerah itu,” katanya.

Menurut Khairul, sumbangan bantuan makanan itu diperuntukkan kepada mereka  yang terputus bekalan makanan terutamanya semasa tidak dapat menoreh getah pada musim hujan.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”