SIK, 16 DISEMBER 2018 – Pejabat Zakat Daerah Sik telah mengadakan satu majlis ringkas agihan zakat berupa set bekalan makanan asas yang telah diadakan di surau Kampung Balong Ayam Sik Kedah.

Seramai 15 keluarga asnaf yang rata rata bekerja kampung dan merupakan penoreh getah menerima manfaat daripada projek Zakat Kedah foodbank ini.

Menurut Penolong Amil, Hj Zinul Abidin berkata, sekiranya dalam tempoh tertentu, tiada asnaf miskin yang memohon bantuan makanan kerana akibat terputus sumber bekalan makanan, maka pihak jawatankuasa masjid telah bersetuju untuk mengadakan majlis ringkas agihan berdasarkan asnaf miskin yang telah berdaftar dengan pihak masjid. 350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN” Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740 No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf