BALING, 16 DISEMBER 2018 – Memandangkan sesi persekolahan 2019 yang bakal membuka tirai tidak lama lagi, pastinya ibu bapa sedang sibuk dalam menyiapkan persiapan untuk anak-anak mereka.

Tidak kurang juga Lembaga Zakat Negeri Kedah selama dua hari bertungkus lumus mengagihkan bantuan berupa kelengkapan sekolah untuk pelajar asnaf sekitar daerah baling.

Sebanyak 2,245 beg sekolah dan 4,490 pasang baju sekolah telah diagihkan kepada 52 buah sekolah rendah. Tambahan itu, bantuan ini akan diuruskan sendiri oleh pihak sekolah untuk memberikan kelengkapan sekolah tersebut terus kepada para pelajar mereka.

Menurut pegawai zakat daerah baling, Ustaz Ahmad Mustaqim Zainul Abidin berkata, bantuan ini merupakan bantuan yang akan dilakukan oleh pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah setiap tahun.

Perbezaanya, bantuan ini telah ditukarkan kepada barangan jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya, pihak sekolah menerima bantuan berupa wang tunai.

Walaubagaimana pun, rata-rata guru yang hadir menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada LZNK dan seluruh pembayar zakat di negeri ini. Dengan adanya dana wang kutipan zakat, bantuan seperti ini mampu disalurkan kepada para pelajar asnaf di peringkat sekolah masing-masing. 350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN” Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740 No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf