KULIM, 16 DISEMBER 2018 – Baru-Baru ini telah berlangsung satu Majlis Agihan Bantuan Beg Sekolah di perkarangan Masjid Guar Lobak anjuran Pejabat Zakat Daerah Kulim dan Bandar Baharu.

Majlis yang diadakan secara ringkas ini telah berlangsung dengan jayanya apabila sebanyak 2,467 beg berjaya diagihkan kepada 50 buah sekolah rendah seluruh daerah Kulim dan Bandar Baharu.

Bantuan ini telah disampaikan oleh Pegawai Zakat Daerah Kulim, Ustaz Mohd Khairi Ishak kepada Guru-Guru Besar yang dijemput khas selaku wakil sekolah untuk menerima agihan bantuan ini.

Bantuan ini bertujuan untuk membantu meringankan beban anak-anak asnaf sekitar daerah ini dalam menyediakan kelengkapan persekolahan awal tahun 2019.

Dalam pada itu, Ustaz Mohd Khairi berkata, beliau berasa amat bersyukur apabila hampir kesemua kakitangan yang bertugas di sekolah-sekolah ini merupakan pembayar zakat kepada pihak LZNK.

Bantuan ini merupakan sebahagian kecil daripada bantuan-bantuan yang lebih besar ditawarkan oleh pihak LZNK kepada asnaf di Negeri Kedah. katanya kepada pemberita selepas majlis tersebut selesai. 350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN” Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740 No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf