SIK, 8 APRIL 2019 – Majlis bukan sahaja tempat untuk umat Islam menunaikan solat dan beramal ibadat, namum Masjid juga kini menjadi salah satu medium utama bagi Lembaga Zakat Negeri Kedah untuk menyampaikan bantuan terus kepada asnaf.

Selain itu Masjid juga menjadi medium para asnaf fakir miskin untuk membuat permohonan sekaligus menerima bantuan zakat.

Terdahulu, Imam merangkap penolong amil qariah masjid gulau, ustaz Solehuddin mengingatkan kepada penerima bantuan agar menjaga solat dan dapat memberikan komitmen sepenuhnya apabila pihak masjid mengadakan aktiviti kemasyarakatan dan keilmuan.

Beliau berkata demikian sejurus selesai majlis bancian semula penerima bantuan bulanan bagi 5 qariah masjid iaitu Gulau, Landai, Belantik, Nami dan Kota Aur.

Dalam majlis tersebut seramai 215 penerima perlu melalui bancian semula setelah menerima bantuan bulanan dalam tempoh setahun.

Hal Ini kerana hanya asnaf miskin sahaja akan dipertimbangkan untuk diteruskan bantuan. Bagi penerima yang telah berjaya keluar dari asnaf miskin, bantuan akan ditamatkan.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”