SIK, 8 APRIL 2019 – Pegawai Zakat Daerah Sik, Ustaz Khairul Nizam menyeru kepada semua penerima bantuan bulanan agar tidak malu untuk membuat pengakuan sekiranya mereka telah menerima bantuan zakat.

Hal demikian kerana, ada sebilangan daripada meraka enggan mengaku bahawa mereka merupakan penerima bantuan daripada pihak zakat.

Menurut Ustaz Khairul Nizam, perkara ini sering terjadi, ketika pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau individu perseorangan melakukan program sosial ke kampung bagi menghulurkan bantuan, ada dikalangan penerima zakat tidak akan mengaku mereka penerima bantuan.

Hal ini kerana, Mereka bimbang, jika mereka membuat pengakuan, maka bantuan luar tidak akan diberikan.

Secara tidak lansung, perkara ini akan memberi imej negatif terhadap pejabat zakat.

Terdahulu, PZD Sik telah mengadakan Majlis Bancian Semula terhadap 54 orang penerima bantuan bulanan bagi qariah masjid telaga batu.

Dalam pada itu, Ustaz Khairul menjelaskan bahawa, sekiranya, penerima masih lagi berada dalam kelompok asnaf miskin, bantuan akan disambung. Jika penerima sudah berjaya keluar dari kepmpong kemiskinan, maka bantuan akan ditamatkan serta merta.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”