ALOR SETAR, 17 DISEMBER – Lembaga Zakat Negeri Kedah melalui Ketua Jabatan Agihan, Ustaz Hamidi Mohd Nor telah menerima satu jemputan untuk menyampaikan tazkirah dan bantuan persekolahan kepada kakitangan dan pekerja pembersihan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar Kedah.

Penerima bantuan tersebut merupakan asnaf yang mempunyai anak yang masih bersekolah.

Bantuan tersebut telah diberikah berbentuk kupon pakaian lengkap sekolah yang boleh dibeli di Pasaraya Mydin di seluruh negara hasil usaha Pegawai Hal Ehwal Agama HSB.

Menurut Ustaz Hamidi, Bantuan ini merupakan salah satu bentuk agihan bantuan zakat yang diperolehi melalui agihan balik zakat pendapatan melalui kaedah potongan gaji kakitangan HSB.

Dalam pada itu, rata-rata penerima yang ditemui amat bersyukur kerana anak-anak mereka dapat memulakan sesi persekolahan pada tahun 2019 dengan pakaian yang baru. Turut hadir sama Pengarah Hospital Sultanah Bahiyah, Dr. Zaiton Udin dan Pegawai Hal Ehwal Agama serta kakitangan Hospital Sultanah Bahiyah. 350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN” Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740 No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf