PENDANG, 23 JULAI 2018 – Pejabat Zakat Daerah Pendang baru-baru ini telah berkesempatan turun padang bagi menziarahi beberapa keluarga yang terjejas akibat bencana ribut di daerah Pendang antaranya, Kampung Tok Pauh, Kampung Rambai dan Kampung Bukit Seni.

Turut hadir sama ke tempat kejadian Pegawai Zakat Daerah Pendang, Ustaz Mohd Nasri Ab Ghani, Bersama kakitangan beliau Ustaz Zulkifli Che Din dan penolong amil.

Terdahulu, bantuan awal berupa kit makanan asas telah disalurkan kepada mangsa-mangsa yang terlibat.

Menurut Ustaz Nasri, bantuan susulan akan disalurkan melalui bantuan di bawah skim musibah alam dengan kadar RM 3000 bagi meringankan beban dan kos kerosakkan yang ditanggung oleh mereka.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”