YAN, 24 JULAI 2018 – Sementara itu, Pegawai Zakat Daerah Yan, Hj Logman Husain bersama wakil daripada Jabatan Pembangunan Dan Penyelenggaraan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) serta kontraktor yang dilantik berkesempatan meninjau tapak projek yang dicadangkan untuk membina sebuah rumah bantuan zakat kepada Saedin.

Saedin Shafie, 63 tahun merupakan antara penerima bantuan bina rumah daripada Zakat Kedah

Menurut Saedin, beliau sebelum ini hanya tinggal menumpang bersama isteri dan anak-anaknya sejak sekian lama.  Namun kini beliau dapat menarik nafas lega apabila permohonan bina rumah beliau telah diluluskan oleh zakat Kedah.

Menurut Hj Logman, beliau berkata, kos pembinaan rumah tersebut jumlah RM43,000 bagi sebuah rumah yang dilengkapi 3 bilik tidur dan 1 bilik air, menurutnya lagi, rumah yang dibina juga dilengkapi bekalan elektrik seperti lampu dan kipas siling serta memiliki keluasan yang selesa dan selamat untuk diduduki.

Hj Logman dalam pada itu berharap semoga dengan bantuan yang disalurkan ini, Saedin sekeluarga dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa tanpa perlu tinggal menumpang bersama saudara mara yang lain.

Turut hadir sama dalam tinjauan tersebut, Penolong Amil Kariah Keda Sungai Udang, ustaz Ramzi Othman.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”