SIK, 03 JANUARI 2019 – Majlis agihan bantuan makanan di qariah sik dalam melibatkan 15 penerima bantuan dilansungkan selepas solat dan slot tazkirah.

Bantuan disampaikan oleh Imam Masjid Sik Dalam, Ust Abdullah. Dalam pada itu, Penolong Amil, Hj Zinul Abidin mengingatkan anak qariah yang mempunyai masalah boleh terus berhubung dengan beliau mengenai uruskan permohonan zakat dan Tidak perlu lagi ke pejabat zakat bagi memohon bantuan.

Sementara itu di Masjid Hujung Bandar melalui Penolong Amil, Ustaz Hj Sobri telah mengadakan majlis agihan bantuan makanan khusus kepada 30 keluarga asnaf yang rata-ratanya merupakan penoreh getah di sekitar kariah beliau.

Dalam masa sama di Masjid Telaga Batu, Imam masjid, Ust Yaserli dan Penolong Amil, Ustaz Nazeri Haroun turut menyampaikan agihan bantuan berupa makanan asasi seperti beras, minyak masak, kicap dan sardin kepada Seramai 10 orang penerima zakat yang dipilih yang rata -rata daripada mereka hanya bekerja kampung dan menoreh getah.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN” Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740 No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf