KULIM, 03 JANUARI 2019 – Sebanyak RM 8,183,572.86 telah diagihkan kepada asnaf daerah Kulim pada tahun 2018 melalui Pejabat Zakat Daerah Kulim berbanding kutipan semasa mereka sebanyak RM 7,099,555.01.

Telah berlaku peningkatan keatas jumlah penerima bantuan di daerah ini, menunjukkan komitmen pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah dalam usaha membantu asnaf serta ketelusan pihak LZNK menguruskan wang zakat pembayar di Negeri Kedah Darul Aman.

Seramai 973 asnaf di daerah ini menerima bantuan kewangan bulanan daripada pihak LZNK berbanding 607 asnaf pada tahun 2017.

Peningkatan ini berlaku selepas sistem had kifayah dilancarkan awal tahun lalu, sekaligus berjaya membantu mereka menjalani kehidupan yang lebih baik dengan bantuan wang zakat.

Agihan bantuan terus diperkemas dan dilakukan penambahbaikan oleh pihak LZNK dalam usaha memastikan asnaf di negeri ini menerima manfaat daripada hasil pembayaran zakat oleh para pembayar zakat di LZNK.

Penerima bantuan tidak lagi perlu beratur panjang untuk menerima bantuan bulanan mereka, kerana pihak LZNK membuat pembayaran terus kedalam akaun bank mereka setiap bulan selagimana mereka layak.

Bukan hanya penerima di daerah Kulim sahaja menerima bantuan ini, malah seramai 16,842 asnaf di seluruh Negeri Kedah pada tahun ini dibantu oleh pihak LZNK secara bulanan.

Terdahulu, pihak Pejabat Zakat Daerah Kulim telah berkesempatan untuk turun mengagihkan bantuan bulanan kepada penerima bantuan bulanan secara tunai sekitar daerah Kulim. Mereka merupakan asnaf yang uzur serta tidak memiliki akaun bank untuk diagihkan bantuan tersebut. 350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN” Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740 No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf