SIK, 03 JANUARI 2019 – Jika disapa dengan nama Ustaz Razak pasti semua penduduk Kampung Baru Nami mengenali insan tersebut yang merupakan imam paling lama menjawat jawatan di dalam daerah sik.

Kepribadian Beliau yang begitu mesra dan amat prihatin dengan penduduk kampung sudah pasti membuatkan beliau amat dihormati oleh penduduk kampung.

Terdahulu Penolong Amil Qariah Nami, Ustaz Sukeri, telah mengadakan majlis agihan zakat selepas solat kepada 20 keluarga asnaf fakir miskin dalam qariah nami.

Sumbangan tersebut telah disampaikan sendiri oleh Imam Masjid Kampung Baru Nami, Ustaz Razak.

Sementara itu, 2 asnaf miskin yang merupakan penerima bantuan bulanan daripada zakat kedah telah kembali ke rahmatullah di qariah masjid namek dan masjid telaga batu.

Sehubungan itu, Penolong Amil qariah namek, Ustaz Samiri telah menyumbangkan bantuan segera berdasarkan keperluan kepada waris Allahyarham berupa kit pengurusan jenazah. Manakala, penolong amil qariah telaga batu,Ustaz Nazeri Haraon telah menyumbangkan Kit bantuan makanan asas.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN” Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740 No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf