SIK, 23 JANUARI 2019 – Pusat Bekalan Makanan Zakat Kedah di daerah sik yang menyediakan dan menyimpan stok 900 set makanan setiap bulan senantiasa sibuk beroperasi dalam mengagihkan bantuan tersebut kepada asnaf-asnaf yang memerlukan.

Di Daerah Sik sebanyak 7 pusat penempatan FOOD BANK dibekalkan set makanan tersebut antaranya masjid pekan sik, masjid namek, masjid gulau,masjid betong,masjid jeneri,masjid batu 5 dan masjid teloi tua.

Menurut Ustaz Abd Mutalib, penolong amil qariah jeneri juga merangkap pengurus foodbank jeneri, setiap awal bulan beliau akan memeriksa kuantiti stok yang diterima dan akan memastikan stok disimpan dengan baik.

Selain itu beliau juga akan menghubungi masjid berhampiran sekiranya stok makanan baharu tiba.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”

Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf