SIK, 23 JANUARI 2019 – PZD Sik bersama Penolong Amil qariah Kampung Charuk Tok Uban, Ustaz Abu Hasan telah melakukan penilaian terhadap 10 permohonan bantuan baikpulih rumah sekitar Kampung Charuk Tok Uban.

Penilaian dilakukan oleh kakitangan PZD Sik kerana bantuan baikpulih rumah khusus buat membaikpulih rumah agar lebih selamat diduduki.

Peruntukan kos baikpulih sebuah rumah diangarkan bernilai RM 15,000. Oleh demikian, peruntukan baikpulih rumah yang besar, pihak zakat terpaksa memberi keutamaan kepada keluarga asnaf yang betul-betul memerlukan kediaman yang selamat dari segi tempat tidur.

Manakala, pemohonan baikpulih rumah yang tidak dapat dipertimbangkan, pihak zakat akan mempertimbangkan bantuan berbentuk kewangan bulanan bergantung kepada kesesuaian.

Pada masa yang sama, pihak zakat juga berkesempatan menziarahi dan menyalurkan kit bantuan makanan asas kepada salah seorang warga emas berusia 90 tahun di Kampung Charuk Tok Uban.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN” Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740 No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf