YAN, 17 JANUARI 2019 –  Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) Syeikh Zakaria Othman berkesempatan melawat keluarga mangsa kes tetak 2 orang kanak-kanak dan bapa saudara mereka di Kampung Tengah Jalan Kuala Sungai Yan, Kedah.

Kedua-dua kanak-kanak terbabit disahkan maut ditempat kejadian.

Ketika ditemui, ibu mangsa menceritakan detik-detik berlakunya kejadian ngeri tersebut yang berlaku sekitar jam 11.45 malam yang mengorbankan kedua-dua anaknya dalam satu malam.

Kini beliau bersama suami serta anak sulungnya mengalami trauma untuk tinggal di rumah tersebut berikutan kejadian yang berlaku.

Terdahulu dalam lawatan tersebut, Syeikh Zakaria turut menyalurkan sumbangan berjumlah RM2,000.00  kepada keluarga mangsa sebagai tanda simpati di atas kejadian yang berlaku serta menasihati beliau agar tabah dan bersabar dengan ujian yang menimpa.

Hasil siasatan, pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) meluluskan bantuan sebuah rumah bantuan zakat kepada keluarga tersebut yang masih trauma dengan kejadian yang berlaku.

Menurut Syeikh Zakaria, pembinaan rumah zakat tersebut akan bermula pada Sabtu, 12 Januari 2019.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”

Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf