SIK, 20 FEBRUARI 2019 – Kebanyakan masyarakat beranggapan tugas sebagai penolong amil hanya dilantik para ustaz, warga kampung atau mereka yang sudah bersara. Namum begitu, kenyataan tersebut tenyata kurang tepat.

Penolong amil yang dilantik tergolong dalam pelbagai pengalaman, kemahiran dan ada juga daripada golongan profesional.

Di daerah sik rata-rata penolong amil pernah bekerja sebagai seorang guru, pensyarah, penolong jurutera, usahawan kedai emas, dan ada yang pernah menjadi jurulatih juruterbang elit jet pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Sebagai contoh, penolong amil qariah Sungai Senam, Ustaz Harun Haya. Beliau merupakan seorang pensyarah disebuah institusi perguruan.

Beliau kini masih berkhidmat dan akan bersara pada pertengahan tahun ini.

Walaupun beliau berada dalam kelompok profesional, beliau sangat dekat di hati penduduk qariah sg senam. Terdahulu, ustaz harun telah mengagihkan bantuan berupa makanan asas kepada 10 keluarga asnaf fakir miskin usai solat zohor.

Selain itu, Beliau sempat menyampaikan tazkirah kepada penerima sebelum mengagihkan bantuan.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”

Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf