SIK, 9 APRIL 2019 – Asnaf fakir miskin yang menerima bantuan bulanan dinasihatkan agar dapat membayar zakat fitrah kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah. berikut merupakan antara pesanan Imam Masjid Cepir, Hj Yusri kepada asnaf ketika majlis bancian semula penerima bantuan bulanan.

Masih ada dikalangan penerima bantuan bulanan membayar zakat fitrah sendiri dengan memberikan beras atau diserah kepada parti, rumah anak yatim dan sebagainya.

Berikutan ada dikalangan mereka yang mengatakan kurang yakin dengan ketelusan pejabat zakat dalam mengagihkan bantuan, sedangkan mereka sendiri adalah penerima zakat.

Dalam pada itu, Jabatan Audit Negara dalam laporan mereka telah memberikan penarafan sijil bersih 5 bintang kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah, Hal demikian membuatkan masyarakat umumnya yakin akan ketelusan LZNK dalam mengagihkan zakat sekaligus membuatkan mereka tidak ragu lagi akan ketidak telusan LZNK dalam menguruskan wang zakat mereka kepada asnaf.

Sehubungan itu, seramai 92 orang penerima zakat bulanan dalam qariah Masjid Chepir telah menerima bantuan daripada zakat Kedah dengan peruntukan agihan sebanyak
RM 27,600 sebulan bagi asnaf Qariah Masjid Chepir sahaja.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”