SIK, 04 DISEMBER 2018 – Seramai 15 keluarga asnaf telah disantuni oleh Pejabat Zakat Daerah Sik di Surau Tanah Hitam, Sik Dalam melalui Bantuan Makanan daripada Pusat Bekalan Makanan Zakat Kedah.

Manakala bertempat di Masjid Qariah Beris Jaya sik, seramai 30 orang asnaf miskin telah disantuni melalui bantuan makanan Zakat Kedah.

Sehubungan itu, terkini, Masjid Beris Jaya telah menerima peruntukan 300 pek makanan dan sekaligus telah berjaya diagihkan kepada asnaf yang yang memerlukan bantuan.

Dalam pada itu rata – rata asnaf yang menerima bantuan makanan ini turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada pembayar zakat. Selain itu, melalui bantuan zakat ini, sebanyak 900 Pek Makanan dapat diagihkan setiap bulan di sekitar daerah Sik.

Sementara itu, Seramai 55 penerima zakat berkesempatan hadir bagi memeriahkan sambutan maulidur rasul peringkat qariah kampung tupai.

Aktiviti kali ini dirancang agar penerima zakat lebih dekat dan aktif bersama pihak masjid demi mengimarahkan lagi dakwah islam melalui program-program yang dianjurkan oleh pihak masjid.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf