POKOK SENA, 05 DISEMBER 2018 – Telah berlangsung satu majlis penyerahan bantuan beg sekolah kepada wakil sekolah rendah sekitar daerah pokok sena di Dewan Kursus Masjid An-Nur Pokok Sena baru-baru ini.

Majlis tersebut telah dimulakan dengan sesi taklimat berkenaan skim agihan zakat daripada pegawai zakat daerah Pokok Sena, Ustaz Mohd Sani Harun.

Turut terlibat dalam majlis penyerahan bantuan beg sekolah tersebut adalah seramai 40 orang termasuk beberapa kakitangan pejabat zakat Pokok Sena dan juga guru-guru sekolah.

Dalam pada itu, rata-rata pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah dan juga pembayar zakat di atas penyerahan agihan beg sekolah tersebut kepada pihak sekolah.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf