BALING, 05 DISEMBER 2018 – Berikutan hujan lebat dan angin kencang pada lewat malam baru-baru ini, keluarga Mohd Said terpaksa dihimpit perasaan takut dan trauma apabila pokok getah yang berada di belakang rumah mereka tumbang dan menghempap bilik tidur mereka sekeluarga.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.30 pagi itu disedari mereka sekeluarga apabila sebatang pokok getah yang besar dengan secara tiba-tiba tumbang tepat dengan kedudukan bilik mereka.

Mangsa, Mohd Said Shaari, 50 tahun bersama isteri dan 2 orang anak yang tinggal di Kampung Bukit Hitam, Kuala Pegang itu telah mendapat perhatian Pejabat Zakat Daerah Baling.

Rentetan daripada kejadian tersebut, Penolong amil Kariah Kuala Pegang, Ustaz Mahmud Ismail bersama dengan wakil PZD Baling turun menyantuni mereka sekeluarga.

Menurut mangsa, beliau dan keluarga kini masih dalam keadaan trauma apabila pokok yang besar menghempap bumbung hingga menyebabkan kediaman mereka mengalami kerosakkan yang teruk.

Tambah beliau lagi, beliau bersyukur kerana Allah masih melindungi keluarganya ekoran sebatang dahan besar yang jatuh langsung terus bersebelahan katil anak beliau.

Justeru itu, bagi mengurangkan kesedihan dan bebanan yang ditanggung mereka sekeluarga, wakil PZD Baling telah menyalurkan set bantuan makanan kepada beliau. Dalam pada itu, bantuan musibah akan disalurkan selepas proses permohonan bantuan selesai.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf