KULIM, 11 MAC 2019 – Pejabat Zakat Daerah Kulim melalui pegawainya Ustaz Mohd Khairi Ishak berkesempatan turun padang untuk menziarahi dan menyantuni keluarga Amran Abdullah di Kampung Padang Meiha baru-baru ini.

Ayah kepada tiga orang anak ini tidak dapat melakukan sebarang pekerjaan setelah menghidap penyakit angin ahmar pada bulan Ramadhan 2018 lalu.

Sehubungan itu, keluarga ini hanya mampu bergantung harap diatas hasil upah kerja kampung anak sulung mereka untuk menampung perbelanjaan keluarga.

Isterinya pula mengambil langkah untuk menambah hasil pendapatan keluarga dengan menjual nasi lemak secara kecil-kecilan memandangkan mereka terpaksa menampung perbelanjaan persekolahan dua orang anaknya.

Dalam ziaah yang sama, Ustaz Khairi Ishak telah memberikan sebuah kit bantuan makanan asas sebagai tanda bersimpati pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah diatas ujian yang menimpa keatas mereka.

Menurut Ustaz Khairi Ishak, Melihat keadaan kesusahan keluarga ini, pihak LZNK akan berusaha membantu mereka dengan sewajarnya menggunakan wang zakat setelah segala proses dokumentasi diselesaikan.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”