BALING, 11 MAC 2019 – Seramai hampir 200 orang penduduk berdekatan Kariah Masjid Kampung Siput hadir dalam Program “Sehari Bersama Asnaf” peringkat Daerah Baling yang berlangsung baru-baru ini di Masjid Attaqwa Kampung Siput.

Program yang bermula sebelum solat jumaat itu berlangsung dari jam 1.00 tengahari hingga jam 4.00 petang.

Program yang dijalankan bertujuan untuk memberi ruang dan peluang kepada masyarakat setempat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai zakat sama ada dari segi kutipan mahupun agihan.

Antara pengisian sepanjang program itu berlangsung ialah, tazkirah yang disampaikan oleh Pegawai Zakat Baling, Ustaz Ahmad Mustaqim, pameran informasi zakat dan kaunter pertanyaan zakat serta pelbagai lagi.

Turut hadir sama, Imam Masjid Kampung Siput, Ustaz Yazid Md Dun barisan Ahli Jawatankuasa Masjid Kampung Siput serta kakitangan zakat daerah Baling.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”