YAN, 11 MAC 2019 – Pejabat Zakat Daerah Yan berkesempatan menziarahi seorang warga emas yang uzur Adam Harun, 93 tahun yang tinggal di Kampung Titi Teras Yan bersama seorang isteri dan seorang anak.

Keadaan rumah yang didiami mereka sangat uzur dan dhaif, selain itu kediaman mereka hanya diterangi dengan lampu minyak tanah dikala malam.

Tambah menyedihkan lagi seorang anak yang tinggal bersamanya merupakan orang kelainan upaya (OKU).

Terdahulu, Pejabat Zakat Daerah Yan tampil bagi menyampaikan bantuan berupa wang tunai kepada Adam Harum.

Menurut, wakil PZD Yan, beliau merupakan salah seorang daripada penerima bantuan kewangan miskin bulanan daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Semoga dengan bantuan yang disalurkan ini dapat meringankan sedikit bebanan kewangan yang ditanggung oleh beliau sekeluarga. 

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”