SIK, 04 JANUARI 2022 :- Daripada asnaf kepada asnaf, konsep Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) merialisasikan wujudnya bengkel jahitan asnaf di dua daerah, iaitu di Kota Setar dan Kuala Muda, terbaharu di Beris Jaya Sik dengan menempatkan seramai 15 peserta untuk menjahit uniform sekolah rendah. Ini kerana Kedah memerlukan lebih 48 ribu pasang baju berkenaan.

Majlis perasmian bengkel jahitan daerah Sik tersbeut telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah dan Tanah Sik, Mahamad Suhaimi Man.

Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Datuk Syeikh Zakaria Othman berkata, pihaknya menyediakan semua kos lain seperti kain, benang, mesin jahit dengan angaran agihan zakat sebanyak 2 juta ringgit setahun.

Jelasnya dengan peningkatan pelajar asnaf, kapasiti kedua-dua bengkel tidak mampu menampung keperluan untuk diagihkan kepada seluruh negeri ini.

“Kita sasarkan ketiga-tiga bengkel ini untuk kita keluarkan produk kita untuk 2022, 48 ribu pasang, keperluan sebenar 48 ribu pasang, tapi kekuatan mesin yang ada sekarang ini hanya mampu kita keluarkan lebih kurang 35 ribu pasang.

“Jadi dengan keadaan permintaan di kalangan keluarga asnaf untuk pakaian sekolah kita sasarkan Insya-Allah pada tahun 2023 kita akan kembangkan pusat jahitan seumpama ini di daerah-daerah lain, katanya kepada media selepas majlis perasmian bengkel jahitan daerah Sik.

Untuk bengkel jahitan di Beris Jaya Sik, peralatan mesin jahit dan kos ubah suai bangunan berjumlah hampir 102 Ribu ringgit disalur melalui peruntukan wakalah agihan zakat Maybank Islamic.

Angaran kapasiti pakaian sekolah tambahan yang mampu dijahit oleh bengkel itu lebih kurang 8000 hingga 10,000 pasang setahun.

Hadir sama dalam majlis tersebut Ketua Polis Daerah Sik, Pegawai Agama Sik dan Pengarah Wilayah Utara Maybank Islamic.

Disunting Oleh : Unit Penerangan, Bahagian Komunikasi Strategik


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”