SIK, 11 DISEMBER 2018 – PZD Sik menziarahi mangsa ribut di Kampung Bendang Tebal Cepir, dimana sebahagian pokok besar telah tumbang dan menimpa bumbung rumah beliau dan menyebabkan kerosakan teruk pada bumbung.

Melalui maklumat dari Penolong Amil, Hj Samiri, PZD Sik dengan pantas turun menyantuni mangsa dengan menghulurkan wang kecemasan awal dan Bantuan Kit Makanan asas bagi mengurangkan beban mangsa sekeluarga.

Dalam pada itu, wakil PZD Sik berkata, Kerosakan bumbung beliau akan dinilai semula sama ada memerlukan bantuan baikpulih rumah atau bantuan lain yang difikirkan sesuai untuk disalurkan kepala mangsa sekeluarga.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf