SIK, 11 DISEMBER 2018 – Penolong Amil qariah Telaga Batu, Nazeri Haraon cakna dan proaktif dalam membantu pihak LZNK dalam menhulurkan bantuan kepada asnaf, terdahulu beliau berkesempatan menghantar sendiri beberapa Kit makanan zakat ke rumah asnaf sekitar kariah beliau.

Inisiatif ini hasil dari Pusat Bekalan Makanan Masjid dimana setiap kariah mendapat peruntukan sebanyak 30 pek makanan setiap sebulan.

Menurut Nazeri, kali ini beliau menghantar sendiri pek makanan dari rumah ke rumah hal ini kerana beliau ingin menziarah asnaf dalam kariahnya.

Tambahnya lagi, dengan ziarah ini juga sekaligus beliau dapat bertanya khabar dan melihat sendiri dengan lebih dekat keadaan kehidupan anak-anak kariahnya yang kurang berkemampuan.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf