ALOR SETAR, 03 JANUARI 2019 –  3 keluarga asnaf dan sebuah maahad tahfiz di kampung sungai baru Alor Setar antara penerima bantuan Lembaga Zakat Negeri Kedah menerusi Kayuhan Jelajah Asnaf, Program Julung kali itu turut disertai kakitangan lembaga Zakat Negeri Kedah, 10 Agensi kerajaan, Syarikat Korporat dan Persatuan.

Kayuhan bermula di Maahad Dini Sultan Abdul Halim, dan melalui empat check point, di setiap check point mereka akan berhenti bagi menziarahi rumah asnaf yang mendapat bantuan daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Lokasi pertama yang dilawati adalah kediaman Amran Samsudin di Simpang Empat Sungai Baru Gunung yang menerima bantuan kewangan miskin bulanan, seterusnya ke kediaman Jab Ghazali di Kampung Gelong Air, dan kediaman Shuib Lazim yang menerima bantuan rumah individu.

Mereka turut menerima sumbangan berupa kit bantuan makanan asas dan juga wang tunai daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah serta beberapa agensi dan syarikat lain yang terlibat.

Kayuhan berakhir di Maahad Tahfiz Darul Quran di Kampung Sungai Baru dan Lembaga Zakat Negeri Kedah menyerahkan cek berjumlah RM 5000.00. 350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN” Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740 No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf